Selasa, 24 Februari 2009

MALAM DI SEREMBAN







Semalam aku ke bangi dari palong singgah diseremban. Dah lama aku tak tengok seremban. Dah lain lah tak macam dulu. Malam kat sana pun dah panjang. Kalau dulu pukul 9 malam semua dah balik tidor. Dulu macam bandar hantu kata laila kawan aku dari sabah tu. Dah byk yang berubah lah . Kadang2 aku rindu lah masa jalan dgn kwn2 kat seremban ni. pergi tgk wayang dgn kak rozie.Terminal one tu lah port kitaorg makan kfc, masa tu lah nak tgk tangan putih merah dalam kfc tu. Rindu laaaaaa

Jumaat, 20 Februari 2009

kebunku


Inilah kebunku. dulu kami adik beradik seramai 7 org termasuk aku akan ke kebun ini. aku, akak, abg dan juga adik aku berjalan kaki, yg lain menaiki motor bersama abah dan mak. waktu tak rasa penat pun malah rasa seronok dan gembira, walaupun balik dari kebun kakak ku dan aku akan memasak. dulu semua akan kami buat bersama-sama. makan bersama, pergi mengaji, angkat air dr perigi arwah cik din pun bersama.
kalau dikebun makan nasi dgn cili api yg dipetik segar dari ladang lagi. disitu aku diajar betapa penatnya menoreh. kadang2 kongsi makan ramai2 sedap sebab berebut ramai2. kenapa dulu kami tak pernah pun merungut kenapa hidup susah. dulu makan apa yang ada malah itu lah yang paling sedap. aku tak pernah tahu apa itu kfc dulu.bagi aku ayam yang mak bela dan ayam yang abah sembelih itu lah yang paling sedap dalam dunia ini.
Sekarang kebun ini ditoreh oleh buruh dari indonesia. malah kami semua dah tak pernah pergi lagi ke kebun. nanti pokok akan ditebang akan diganti baru.
Semua itu akan tinggal kenangan sahaja. semua sudah berubah termasuk aku juga.......

Selasa, 17 Februari 2009

Penatnya hari ini!

Dari pukul 8 aku keluar rumah baru balik pukul 1. ini pun belum rehat2 lagi.sebenarnya aku nak uji ketahanan badan aku ni larat ke tidak. dah boring asyik terjaga waktu malam. kalau badan dah penat senang nak tidor kan kan.....

Isnin, 16 Februari 2009

Patut ke semua ini aku tamatkan

kenapa dgn aku ni . Tah la aku tak tahu kenape. tolong! tolong!

Jumaat, 13 Februari 2009

bukan niat nak mainkan hati dia

aku cuma nak bergurau. aku tahu macam mana sakit nya di main kan orang. hati yang terluka tu susah nak hilang. sumpah aku cuma bergurau aje. tak sangka dia ingat aku betul2. maaf laaa ya. dia tu bukan test aku lagipun dia pun tak nak aku. kalau aku pilih dia mcm mana buah hati aku tu. aku harap dia jujur dgn apa yg dijanjikan. aku sekarang cuma tggu dan tggu sampai bila pun aku sendiri tak tahu. semua aku serah pada illahi.

Khamis, 12 Februari 2009

dah lama tak jeguk blog aku nie

kenape aku lupa ni .sian blog aku

Sabtu, 7 Februari 2009

demam apa laa aku ni

mungkin demam terkejut masa g melaka. masa g minta keje kat cheng. tapi tak tahu nak ke tak nak keje tu

Selasa, 3 Februari 2009

pening laa kepala

macam mana nak buat nie. pening2 tolong tolong macam mana nak buat pilihan. sian aku ni

Isnin, 2 Februari 2009

bagaimana hendak membuat pilihan

bagaimana hendak membuat pilihan hati. hati memang susah hendak dijangkan tindakannya. sukar diramal . tapi itu la hati. harus ke aku memilih dia

Jumaat, 30 Januari 2009

hari ini aku lawa laa sikit

aku nak pergi kenduri kawin laaa ari ni kat palong 7 tu yang pagi2 dah pakai lawa2. nak pergi dgn lini . tak pernah pun keluar dgn dia. tu pun ada sekali tu pun pergi temuduga. aku pakai baju kurung warna ungu , tudung pun warna ungu. lini pakai baju pink

musim luruh di palong


tengok lah ingat kat korea aje ada. kat sini pun ada tau

Rabu, 28 Januari 2009

JASA BONDA

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untukmu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat dihati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Disaat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga engkau tak lupa
jasa bonda.

( Lagu ni dari kumpulan warisan. kadang-kadang lagu ni membuatkan aku jadi terharu sangat. betapa besar pengorbanan seorang ibu. macam mana pun walau apa pun yang kita buat belum tentu lagi kita dapat balas semuanya pada mak kita. tak dapat kita balas dengan semua yang harta yang ada dalam dunia ini.)

Selasa, 27 Januari 2009

dah lama tak jumpa noraini nasir

tak sangka dapat jumpa norini nasir. semua dah lain. tapi yang bestnya diorang tak pernah pun lupa kan aku. tetap macam dulu lagi. tetap ketawa riang, bergurau senda macam dulu lagi. semoga semua ini berkekalan. itu lah org ckp kwn2 sekolah dgn kwn2 kerja lain hati mereka. sebenarnya aku dah penat hati ni sebenarnya dah lelah dgn kerenah org.

Ahad, 25 Januari 2009

bersama kawan lama

along anak cik jan pun sama ada ni. dah lama tak jumpa.

Khamis, 22 Januari 2009

penatla pergi joging pagi tadi

cik midah tu jalan pun laju tau penat nak kejar. kak ida ngan cik mon asyik tertinggak je. cik meah pun laju walaupun walaupun kaki sakit. mak kata nak pergi tapi selalu tak jadi. ateh pun dah nak pergi jugak

Rabu, 21 Januari 2009

ini pula adik beradik ku




cam mok dan atih mok

anak2




ini lah mereka

penat nak layan perasaan orang lain

kadang2 aku tak paham dengan manusia ni. hati orang kita kena faham kena jaga hati. kadangkala hati kita yang terluka. nak marah pun tak boleh. kenapa? kenapa ya

Selasa, 20 Januari 2009

anak2 buahku




inilah mereka

teringat kawan lama

semalam bila tengok budak2 sekolah berlari dalam acara rentas desa aku teringat kat siti norul. dia marah aku bila nama dia aje yang masuk acara tu. aku tak terpilih.akibatnya aku kena teman dia sampai sudah.itu dulu tapi sekarang dia dah kawin dah ada anak pun. bila teringat rindu pulak masa sekolah dulu. semua dah berubah sekarang. betullah yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu. yang paling dekat adalah mati.itulahlah yang pasti