Jumaat, 20 Februari 2009

kebunku


Inilah kebunku. dulu kami adik beradik seramai 7 org termasuk aku akan ke kebun ini. aku, akak, abg dan juga adik aku berjalan kaki, yg lain menaiki motor bersama abah dan mak. waktu tak rasa penat pun malah rasa seronok dan gembira, walaupun balik dari kebun kakak ku dan aku akan memasak. dulu semua akan kami buat bersama-sama. makan bersama, pergi mengaji, angkat air dr perigi arwah cik din pun bersama.
kalau dikebun makan nasi dgn cili api yg dipetik segar dari ladang lagi. disitu aku diajar betapa penatnya menoreh. kadang2 kongsi makan ramai2 sedap sebab berebut ramai2. kenapa dulu kami tak pernah pun merungut kenapa hidup susah. dulu makan apa yang ada malah itu lah yang paling sedap. aku tak pernah tahu apa itu kfc dulu.bagi aku ayam yang mak bela dan ayam yang abah sembelih itu lah yang paling sedap dalam dunia ini.
Sekarang kebun ini ditoreh oleh buruh dari indonesia. malah kami semua dah tak pernah pergi lagi ke kebun. nanti pokok akan ditebang akan diganti baru.
Semua itu akan tinggal kenangan sahaja. semua sudah berubah termasuk aku juga.......