Ahad, 31 Mei 2009

PANAS! PANAS!

Apa yang panas ? Cuaca? Atau aku yang panas ? Aku memang panas je . Selalu panas bila macam ni mak aku mesti cakap memang lah ko tu lahir waktu tengah hari memang semua ko nampak macam panas je apa pulak kan lojik ke tapi kita kena dengar cakap mak nanti jadi anak derhaka tau. Aku tengok ayam pun boleh jadi penyebab untuk aku panas hati tapi itu time gigi aku sakit , jangan lah berkokok depan aku. Ayam ni pun time2 macam ni lah dia datang sapa tak panas kan.
Aku pun tak tahu lah kadang2 susah aku nak kawal rasa panas ni. Cuaca sekarang ni pun panas. tapi ada hikmahnya kan. Semua yang terjadi ada sebabnya cuma kita perlu cari. Kadang2 ada klu nya tp kadang2 kita tak faham lak macam mana tu.Aku ni selalu macam tu lah dah lama baru aku faham kenapa terjadi macam tu. kita kena fikir , kena kembangkan otak ni.
Aku ni bak kata kawan2 terlalu banyak berfikir pulak . Kalau selalu orang kata kena berfikir di luar kotak tapi aku sampai kotak tu terkoyak pun aku boleh bayangkan macam mana ni aku tulis ni bole ke faham? Aku harap faham la kan kalau tak pun buat2 lah faham yeee....

KITA KE YANG MENENTUKAN DIRI KITA SENDIRI

Ya ke macam tu aku pun tak tahu lah. Mungkin kot entah la . Sebenarnya aku ni jiwa kaco kot selalu macam ni.Sebelum pergi cc banyak benda aku nak tulis dalam blog ni tapi bila sampai je lain pulak yang aku tulis semua dah hilang. Sian aku kan. Tapi kalau tak tulis aku rindu pulak dah macam rindu kat pakwe lak. Asyik teringat je salah ke......

Isnin, 25 Mei 2009

Boleh laaa kata aku gembira sekarang

Ya memang sekarang aku gembira tapi bukan sebab berat aku dah kurang sikit. Aku gembira abah sihat, mak sihat, adik beradik yang lain pun sihat juga, kawan2 pun sihat. semua tak dijangkiti selsema ....aku pun gembira sebab aura gembira ada disekeliling aku gembira.
Petang ni aku nak pergi bersenam kat padang ingat nak pergi poco-poco tapi kawan aku tak nak pergi. sebenarnya aku pun yang malas nak pergi ternari-nari kat dewan terbuka aku malu+segan.
Aku gembira walaupun aku belum ada pakwe lagi. sepatutnya aku dah ada anak kan yalahkan aku dah nak masuk setengah abad ni. tahun depan dah 30 tahun.
Dah lama aku tak pergi jenguk bilik belia . kak ida kalau baca kirim salam kat semua ya. Bukan tak nak pergi cuma aku tak berkesempatan lah sejak kerja ni. Minta maaf semua!!

Jumaat, 15 Mei 2009

Ada kalanya kita terpaksa menipu diri kita sendiri

Memang kita terpaksa menipu demi untuk kepentingan orang lain juga untuk diri kita sendiri. Salah kita ke kawan? salah aku ke? sakit nya hati nie...... Memang geram tau. tahu tak per.... Tunggu aku kurus dulu baru tahu macam mana aku nak balas dendam..... siap laa semua orang yang pernah sakiti hati aku nie. Tapi salah ke kalau aku buat macam tu? Rasanya tak salah kan aku cuma nak mereka tahu siapa aku .Aku tak nak jadi macam dulu . dulu adakalanya aku terpaksa menipu untuk menjadi kaan seseorang. Yalah bila kita ada kekurangan semua orang lari pergi meninggalkan kita tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Kita ditinggalkan begitu saja. Memang marah tau....Hati ni panas macam kena panggang tau....sabarlaaaaa hati nie.....