Rabu, 17 Jun 2009

NAK DENGAR CERITA BEST TAK ?

Aku ada banyak cerita nie . Tapi tak tahu nak mula yang mana? Nak dengar cerita aku pasal lawatan ke langkawi ke atau cerita pasal kerja aku . Aku nie kata je banyak tapi bila je aku taip je aku terus lupa. Teruk kan aku ni . Aku tahu ramai yang macam aku ni. Nak kata keliru pun boleh jugak. Kadang2 tak terluah perasan aku ni sedangkan dalam hati meronta2 nak tulis macam2 . Tengok aku dah cerita bab lain .
Aku tahu kalau cerita pasal langkawi semua orang dah tak heran lagi . Dah ramai yang pergi . Tapi bagi orang macam aku memang lah semua nye pelik. Seronok pun ada juga tau bak kata terlalu seronok . Nanti aku bagi tengok gambar banyak aku ada. Mungkin esok kot.

Khamis, 4 Jun 2009

ABAH SAKIT !!

Abah sakit balik. Kalau abah ikut peraturan ubat tentu tak jadi macam ni lagi. Abah tu degil laa semua nak makan bila larang kata tak sayang abah lagi. Siapa kata aku tak sayang abah. Aku terlalu sayang, sayang sangat. abah! abah! Kenapa jadi macam ni. Bila dengar je abah sakit hati aku hancur sangat.