Selasa, 28 April 2009

Menyerah kalah ke?

Haruskah kita menyerah kalah dengan takdir kita sendiri? Atau kita harus bertindak sendiri bukan hanya duduk meratapi nya. kenapa ya aku tulis benda ni? aku sendiri pun keliru dengan takdir aku. Kenapa? kita selalu tanya kenapa? tapi soalan itu tak siapa yang dapat jawab. Sebenarnya jawapan itu hanya kita yang boleh jawab orang lain hanya boleh jadi rujukan sahaja. Kalau hati telah menetapkan sesuatu orang lain tak boleh nak kata apa lagi. Sebenarnya semua orang keras hatinya mungkin lah tapi kita mana tahu hati orang kan

Ke mana hilang nya bakat menulis aku dulu

Rasa nya aku dari sekolah lagi memang suka menulis tapi kenapa sekarang aku macam dah hilang semua itu. Boring lah Kalau aku dapat aku nak macam dulu .Menulis dan menulis lagi. Semua rasa hati ni dapat aku luahkan dalam tulisan aku ini. Dulu macam2 aku tulis macam aku tulis dulu. Bahasa aku dulu tak lah seteruk sekarang. Semua aku dah lupa lah. Banyak karya aku dah kena curi tau.

Khamis, 23 April 2009

Hati aku bukan dah panas je tapi dah rentung ni

Aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi ni. Geram sangat ni terlalu sangat laaa. Aku ni memang panas hati je sejak akhir-akhir ni. Tengok kiri panas hati tengok kanan geram aje. Tak tahu nak pandang mana lagi. Sabar aje lah kan.

Ahad, 19 April 2009

AKU DAH TUA RUPANYA

Tak sangka aku dah tua da 29 tahun. Pada 18.4 hari itu. Sedih laaa lagi setahun aku dah 30 tahun. Bila hari jadi aku je aku pun demam lak. Tak tahu laa demam apa demam terkejut temuduga ke demam jumpa dengan budak tu. Tah laaa aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Agak nya aku ni jiwa kacau tak ? Teruk lah kalau mcam nie selalu. Hati aku ni terluka lagi laaaaa. Kenapa yaaa jadi macam ni?????? Salah aku keeee????

Rabu, 15 April 2009

Gantung

...ku harus menemui cintaku
mencari tahu hubungan kita
apa masih atau telah berakhir
kau menggantung hubungan ini
kau diamkan aku tanpa sebab
maunya apa ku harus bagaimana
kasih... sampai kapan kau gantung
cerita cintaku memberi harapan
hingga mungkin
ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu
detik-detik waktu pun ter.... buang
teganya kau menggantung cintaku
bicaralah biar semua pasti
gantung nya hubungan cinta
denganmu membuat ku sakit
hingga mungkin ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu.




ini lirik lagu GANTUNG. Kalau ikutkan lagu ni memang kena dengan aku. Aku selalu kena macam tu. Nak kata sedih dah tak ada air mata lagi, cuma boleh tahan sebak je lah. Aku pun tak tahu lah kenapa jadi mcm tu. Tapi itu dulu laaa sekarang aku cuba jadi tabah seboleh yang mungkin. Bila dah selalu kena aku dah jadi lali dah jadi tak kisah lagi. Namun aku tak serik aku tahu ada lelaki yang dicipta untuk aku. Aku cuma harus bersabar kan. bersabar itu banyak kelebihannya kan.Aku tak akan berhenti berharap.........

Rabu, 8 April 2009

Pantai di kampung ku
















Pantai di kampung ku sebenarnya cantik aku je yang jarang balik. Nak tahu kat mana? Sekincan selangor. Aku ni sebenarnya lahir kat tanjung karang Selangor. Tapi keluarga aku berpindah ketika aku masih kecil lagi. Aku pun kurang mahir tentang selangor tapi nak buat macam mana aku duduk jauh sangat.
Baru-baru ni aku balik kampung rindu sangat. Sedih lah kalau jauh macam ni tapi bukan ada siapa-siapa disitu. Atuk tak ada nenek pun tak ada cuma ada makcik dan pakcik aje. Sebenarnya aku tak ingat apa-apa kenangan di sana. Sikit-sikit je lah itu pun samar-samar aje.

Khamis, 2 April 2009

Kisah ku Dan ?

Nak tahu ke ? Tak payah lah tahu kan lagi senang kan. Aku pun tak payah pening kepala