Isnin, 25 Mei 2009

Boleh laaa kata aku gembira sekarang

Ya memang sekarang aku gembira tapi bukan sebab berat aku dah kurang sikit. Aku gembira abah sihat, mak sihat, adik beradik yang lain pun sihat juga, kawan2 pun sihat. semua tak dijangkiti selsema ....aku pun gembira sebab aura gembira ada disekeliling aku gembira.
Petang ni aku nak pergi bersenam kat padang ingat nak pergi poco-poco tapi kawan aku tak nak pergi. sebenarnya aku pun yang malas nak pergi ternari-nari kat dewan terbuka aku malu+segan.
Aku gembira walaupun aku belum ada pakwe lagi. sepatutnya aku dah ada anak kan yalahkan aku dah nak masuk setengah abad ni. tahun depan dah 30 tahun.
Dah lama aku tak pergi jenguk bilik belia . kak ida kalau baca kirim salam kat semua ya. Bukan tak nak pergi cuma aku tak berkesempatan lah sejak kerja ni. Minta maaf semua!!

Jumaat, 15 Mei 2009

Ada kalanya kita terpaksa menipu diri kita sendiri

Memang kita terpaksa menipu demi untuk kepentingan orang lain juga untuk diri kita sendiri. Salah kita ke kawan? salah aku ke? sakit nya hati nie...... Memang geram tau. tahu tak per.... Tunggu aku kurus dulu baru tahu macam mana aku nak balas dendam..... siap laa semua orang yang pernah sakiti hati aku nie. Tapi salah ke kalau aku buat macam tu? Rasanya tak salah kan aku cuma nak mereka tahu siapa aku .Aku tak nak jadi macam dulu . dulu adakalanya aku terpaksa menipu untuk menjadi kaan seseorang. Yalah bila kita ada kekurangan semua orang lari pergi meninggalkan kita tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Kita ditinggalkan begitu saja. Memang marah tau....Hati ni panas macam kena panggang tau....sabarlaaaaa hati nie.....

Selasa, 28 April 2009

Menyerah kalah ke?

Haruskah kita menyerah kalah dengan takdir kita sendiri? Atau kita harus bertindak sendiri bukan hanya duduk meratapi nya. kenapa ya aku tulis benda ni? aku sendiri pun keliru dengan takdir aku. Kenapa? kita selalu tanya kenapa? tapi soalan itu tak siapa yang dapat jawab. Sebenarnya jawapan itu hanya kita yang boleh jawab orang lain hanya boleh jadi rujukan sahaja. Kalau hati telah menetapkan sesuatu orang lain tak boleh nak kata apa lagi. Sebenarnya semua orang keras hatinya mungkin lah tapi kita mana tahu hati orang kan

Ke mana hilang nya bakat menulis aku dulu

Rasa nya aku dari sekolah lagi memang suka menulis tapi kenapa sekarang aku macam dah hilang semua itu. Boring lah Kalau aku dapat aku nak macam dulu .Menulis dan menulis lagi. Semua rasa hati ni dapat aku luahkan dalam tulisan aku ini. Dulu macam2 aku tulis macam aku tulis dulu. Bahasa aku dulu tak lah seteruk sekarang. Semua aku dah lupa lah. Banyak karya aku dah kena curi tau.

Khamis, 23 April 2009

Hati aku bukan dah panas je tapi dah rentung ni

Aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi ni. Geram sangat ni terlalu sangat laaa. Aku ni memang panas hati je sejak akhir-akhir ni. Tengok kiri panas hati tengok kanan geram aje. Tak tahu nak pandang mana lagi. Sabar aje lah kan.

Ahad, 19 April 2009

AKU DAH TUA RUPANYA

Tak sangka aku dah tua da 29 tahun. Pada 18.4 hari itu. Sedih laaa lagi setahun aku dah 30 tahun. Bila hari jadi aku je aku pun demam lak. Tak tahu laa demam apa demam terkejut temuduga ke demam jumpa dengan budak tu. Tah laaa aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Agak nya aku ni jiwa kacau tak ? Teruk lah kalau mcam nie selalu. Hati aku ni terluka lagi laaaaa. Kenapa yaaa jadi macam ni?????? Salah aku keeee????

Rabu, 15 April 2009

Gantung

...ku harus menemui cintaku
mencari tahu hubungan kita
apa masih atau telah berakhir
kau menggantung hubungan ini
kau diamkan aku tanpa sebab
maunya apa ku harus bagaimana
kasih... sampai kapan kau gantung
cerita cintaku memberi harapan
hingga mungkin
ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu
detik-detik waktu pun ter.... buang
teganya kau menggantung cintaku
bicaralah biar semua pasti
gantung nya hubungan cinta
denganmu membuat ku sakit
hingga mungkin ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu.




ini lirik lagu GANTUNG. Kalau ikutkan lagu ni memang kena dengan aku. Aku selalu kena macam tu. Nak kata sedih dah tak ada air mata lagi, cuma boleh tahan sebak je lah. Aku pun tak tahu lah kenapa jadi mcm tu. Tapi itu dulu laaa sekarang aku cuba jadi tabah seboleh yang mungkin. Bila dah selalu kena aku dah jadi lali dah jadi tak kisah lagi. Namun aku tak serik aku tahu ada lelaki yang dicipta untuk aku. Aku cuma harus bersabar kan. bersabar itu banyak kelebihannya kan.Aku tak akan berhenti berharap.........

Rabu, 8 April 2009

Pantai di kampung ku
















Pantai di kampung ku sebenarnya cantik aku je yang jarang balik. Nak tahu kat mana? Sekincan selangor. Aku ni sebenarnya lahir kat tanjung karang Selangor. Tapi keluarga aku berpindah ketika aku masih kecil lagi. Aku pun kurang mahir tentang selangor tapi nak buat macam mana aku duduk jauh sangat.
Baru-baru ni aku balik kampung rindu sangat. Sedih lah kalau jauh macam ni tapi bukan ada siapa-siapa disitu. Atuk tak ada nenek pun tak ada cuma ada makcik dan pakcik aje. Sebenarnya aku tak ingat apa-apa kenangan di sana. Sikit-sikit je lah itu pun samar-samar aje.

Khamis, 2 April 2009

Kisah ku Dan ?

Nak tahu ke ? Tak payah lah tahu kan lagi senang kan. Aku pun tak payah pening kepala

Khamis, 26 Mac 2009

Mungkin ada yang kata aku dah gila

Mungkin ke ? aku pun tak tahu nak cakap apa.Salah aku ke kerana terlalu mengikut perasaan.Mungkin la tapi kalau tak ikut aku nak ikut apa lagi. Mak dan abah kesal dengan sikap aku yang cepat menyerah kalah ni tapi aku tetep tak boleh jugak nak buat macam mana.
Walau seribu orang cakap aku salah tapi aku tetap kata betul aku rasa tak salah aku ikut kata hati aku kan. Ini soal hati aku soal perasaan aku macam mana lagi kalau itu kata aku. Aku ni memang jiwa kacau lah. Mungkin tapi itu lah kata aku kan.
Ramai kata aku nak gila atau dah gila . Mana ada orang yang kerja 5 hari aje lepas itu balik kampung . ramai yang gagal memahami aku. Tapi bagi aku kerja ni biar kita suka baru serasi kan.
Tapi walaubagaimana pun atau sejuta alasan aku bagi aku sudah ada disini......
Aku dah berhenti........................
Aku tetap dengar kata hati aku.....................
Biar lah orang kata aku gila.................
Janji aku puas........

Rabu, 11 Mac 2009

Kita tak akan tahu siapa yang akan kita temui dalam hidup ini

Itu lah tajuk yang paling panjang yang pernah aku tulis. Memang kita tak akan tahu siapa yang akan kita temui. sesiapa saja musuh atau kawan. kawan baik atau kawan tepi jalan.musuh ketat atau musuh untuk saja2. Entah la kan kita tak dapat menilai apa sebenarnya hidup ini. Sedih ke gembira ke atau campur2.

Isnin, 9 Mac 2009

kerinduaan yang terindah

Nak tahu aku rindu pada siapa. nak tahu ke? tak payah lah la tahu . biar lah rahsia saya dan diri saya sendiri.

Jumaat, 27 Februari 2009

Cantik juga warna unggu

Tadi aku pergi rumah orang kawin.Temanya unggu cantik juga kan. Nak ambil gambar tak sempat la. Rupanya itu rumah kawan aku .Apa lah aku ni rumah kawan sendiri pun tak ingat. Kesian dia tapi tak pe lah kan aku pergi juga kan.

Khamis, 26 Februari 2009

Kenapa?

Kenapa ya kita selalu tertanya-tanya pada diri kita kenapa kita jadi macam ini? jadi macam ini kenapa ya?

Rabu, 25 Februari 2009

Bila kita dihubungi teman lama merangkap musuh

Baru-baru aku dihubungi oleh kawan lama merangkap musuh. Walaupun kami tak pernah bertengkar tapi diam kami itu penuh dengan diam yang dendam. Malah kalau jumpa aku dah tak tahu nak cakap dengan dia kekok sangat walaupun dulu kawan tak pernah berenggang.Aku pun tak tahu kenapa kitaorg jadi mcm tu.Tahu2 je dah rasa lain sedangkan dulu dia lah yang aku paling sayang. Pergi kerja sama, pergi tgk wayang sama. Apa yg buat semua ini jadi lain mcm mungkin salah diri kami yg tk pernah meluahkan apa yg kami rasa. Aku pun jenis tu senyap aje kalau ada apa2 yg salah aku tak tegur. Bukan takut tapi malas la, lama2 jadi mcm ni lah. mungkin dia tak tahan dgn aku kot. yalah perangai aku ni tak ramai yang boleah ikut kalau tak kena caranya.
Dah ramai yg cakap dan dah ramai yang tak tahan. Aku ni kalau tgk mcm ganas tapi kat dalam tu lembut,sensitif. Terlampau sensitif teramat sangat. Cuma org yg pandai aje yg tahu nak pujuk. Balik pada cerita tadi, dah lama aku kawan dgn dia ni perangai dia aku dah faham sangat tapi aku punya perangai dia tak pernah tahu. Bagi aku bila berkawan kita harus ambil tahu semua tentang kawan kita .Jadi bila dia hubungi aku balik aku tetap layan dia mcm dulu2. Cuma dihati masih berbekas susah lah nak hilangkan. Dah mcm2 aku cakap pada diri aku ni lupakan semua tu tapi tetap tak boleh. Aku minta maaf sangat laa.
Bagi aku mungkin dia dah lupa kisah dulu tapi aku......

Selasa, 24 Februari 2009

MALAM DI SEREMBAN







Semalam aku ke bangi dari palong singgah diseremban. Dah lama aku tak tengok seremban. Dah lain lah tak macam dulu. Malam kat sana pun dah panjang. Kalau dulu pukul 9 malam semua dah balik tidor. Dulu macam bandar hantu kata laila kawan aku dari sabah tu. Dah byk yang berubah lah . Kadang2 aku rindu lah masa jalan dgn kwn2 kat seremban ni. pergi tgk wayang dgn kak rozie.Terminal one tu lah port kitaorg makan kfc, masa tu lah nak tgk tangan putih merah dalam kfc tu. Rindu laaaaaa

Jumaat, 20 Februari 2009

kebunku


Inilah kebunku. dulu kami adik beradik seramai 7 org termasuk aku akan ke kebun ini. aku, akak, abg dan juga adik aku berjalan kaki, yg lain menaiki motor bersama abah dan mak. waktu tak rasa penat pun malah rasa seronok dan gembira, walaupun balik dari kebun kakak ku dan aku akan memasak. dulu semua akan kami buat bersama-sama. makan bersama, pergi mengaji, angkat air dr perigi arwah cik din pun bersama.
kalau dikebun makan nasi dgn cili api yg dipetik segar dari ladang lagi. disitu aku diajar betapa penatnya menoreh. kadang2 kongsi makan ramai2 sedap sebab berebut ramai2. kenapa dulu kami tak pernah pun merungut kenapa hidup susah. dulu makan apa yang ada malah itu lah yang paling sedap. aku tak pernah tahu apa itu kfc dulu.bagi aku ayam yang mak bela dan ayam yang abah sembelih itu lah yang paling sedap dalam dunia ini.
Sekarang kebun ini ditoreh oleh buruh dari indonesia. malah kami semua dah tak pernah pergi lagi ke kebun. nanti pokok akan ditebang akan diganti baru.
Semua itu akan tinggal kenangan sahaja. semua sudah berubah termasuk aku juga.......

Selasa, 17 Februari 2009

Penatnya hari ini!

Dari pukul 8 aku keluar rumah baru balik pukul 1. ini pun belum rehat2 lagi.sebenarnya aku nak uji ketahanan badan aku ni larat ke tidak. dah boring asyik terjaga waktu malam. kalau badan dah penat senang nak tidor kan kan.....

Isnin, 16 Februari 2009

Patut ke semua ini aku tamatkan

kenapa dgn aku ni . Tah la aku tak tahu kenape. tolong! tolong!

Jumaat, 13 Februari 2009

bukan niat nak mainkan hati dia

aku cuma nak bergurau. aku tahu macam mana sakit nya di main kan orang. hati yang terluka tu susah nak hilang. sumpah aku cuma bergurau aje. tak sangka dia ingat aku betul2. maaf laaa ya. dia tu bukan test aku lagipun dia pun tak nak aku. kalau aku pilih dia mcm mana buah hati aku tu. aku harap dia jujur dgn apa yg dijanjikan. aku sekarang cuma tggu dan tggu sampai bila pun aku sendiri tak tahu. semua aku serah pada illahi.