Ahad, 13 September 2009

KENAPA HATI SERING MERUSUH SENDIRI

Hati ini memang milik aku tapi aku sendiri tidak memahaminya. Kata hati sukar untuk dituruti. Ini membuatkan aku sering mengeluh sendiri, aku tahu semua ini salah aku tak patut bersikap bergitu. Kawan-kawan aku selalu kata aku sendiri selalu mencari masalah, aku selalu fikir benda yang tak patut aku fikir. Tapi kalau macam itu apa yang patut aku fikir. Diaorang selalu cakap aku memang suka berfikir tapi tak tahu apa yang aku fikirkan. Aku suka buat hati aku susah sendiri lepas itu aku akan mengeluh lagi dan lagi dan lagi... kenapa ya?
Aku bukan macam itu lah kawan-kawan, aku ini cuma ingin mengisi masa lapangku sendiri,kadang-kadang aku fikir juga tentang hal negara, hal jiran-jiranku, tentang siti , tentang yan, tentang cam,ateh,ede,apoy, kak ngah,kak long,ayung dan semua orang yang hidup di dalam dunia yang indah ini
Aku ini kiranya berjiwa sastera (dulu masa sekolah aku ambil kelas sastera). Dulu aku cuba juga cuba-cuba lah menulis cerita tapi aku baca sendiri lah malu nak bagi orang baca, sebenarnya aku tak yakin dengan diri sendiri. Aku pernah juga cuba tulis sajak (tapi sajak jiwang sajak orang sakit jiwa tak dapat jumpa kekasihnya) Kiranya dalam diri aku ini banyak yang aku nak luahkan tapi aku tak tahu macam mana nak luahkannya dan tak tahu nak luahkan pada siapa-siapa.
Aku ada ramai kawan, ada yang menjadi kawan baik dari kecil, kawan baik waktu sekolah dan kawan baik masa kerja sekarang pun aku dapat seorang lagi jadi aku masukkan dia dalam kawan baik masa aku tak bekerja dia pun tak kerja juga itu yang jadi kawan baik itu.Semua kawan baik aku sangat baik malah terlalu baik untuk menjadi kawan aku. Aku pun tak tahu mana diaorang dapat kekuatan untuk menjadi kawan aku ini. Tak ramai yang tahan dengan aku jadi yang ada ini memang seorang yang hebat dan terlalu hebat.TERIMA KASIH SEMUA, SAYA SAYANG KALIAN.Mereka ini terlalu sabar, sentiasa ada disisi tak kira waktu susah atau senang, malah tak boleh diluah dengan kata-kata tentang mereka ini.Aku terlalu beruntung.
Aku patut bersyukurkan memang pun kan. Kenapa tiba-tiba aku rasa lega selega leganya......

Dah nak habis puasa kan

Sedar tak sedar kita nak hampir hujung bulan puasa. Keara terlalu sibuk berniaga sampaikan aku tak perasan. Puasa memang best. Cuma tahun ni aje yang berbeza semua berbeza lain dari aku masa berkerja dulu.

Selasa, 1 September 2009

Bazar Ramadan

Tahun jadi tahun bersejarah buat aku ya lah tahun ni aku menjual kuih. Kuih untuk berbuka puasa. selama ni aku cuma beli tapi tahun ni lain. Macam-macam kuih aku jual dan macam-macam kuih aku buat. Sekarang ni setakat kuih puteri ayu, serabai,roti jala, popiah aku dah boleh buat. Boleh untuk orang tak pandai buat kuih macam aku ni.
Bila menjual pulak aku dapat tengok gelagat orang menjual dan juga orang membeli. Macam-macam ada, kelakar pun ada. Kadang-kadang bila kita buat kuih tu tak ada orang nak beli tapi esok baru cari.Nanti sambung lagi................

Sabtu, 29 Ogos 2009

Kadangkala hati terluka dengan telatah orang lain

Hari ini aku terluka lagi, bulan puasa ni aku tetap kena lagi tapi orang tua pulak tu . Nak marah orang tua tak marah hati sakit tak tertahan pulak. Dah tak boleh nak tulis laa

Sabtu, 1 Ogos 2009

Sakit nya !

Sakit kan bila kita ditikam dari belakang lagi2 dari kawan yang kita anggap kawan karip. Tanpa rasa bersalah hati kita dilapah2 siap disalai kemudian dititiskan limau. Sembilu+ pedih+ sedih+kecewa+hancur semuanya bercampur aduk.Rasa macam kita ditolak ke gaung yang sangat dalam sedalam dalamnya dan yang lebih mengecewakan tak ada sapa yang nak selamatkan kita. Itu ke kawan? Sebenarnya dah berkali kena pun aku tak serik2 juga . Bagi aku kawan adalah sesuatu yang sangat berharga. Walaupun aku dipulau , aku dikutuk dengan bermacam2 tuduhan , kata2 kesat jangan cakap semua aku dah rasa. Semua aku hadapi dengan tenang walaupun aku tahu semua bukan salah aku.Aku tak punya apa2 yang boleh dibanggakan pun.Itu dulu... aku ingat disini tempat aku yang paling selamat rupa2nya semuanya sama. Aku terlalu kecewa sangat............hingga tak mampu lagi berkata-kata..............

Rabu, 29 Julai 2009

HAI !

Hai! Hai semua! sihat ke? Semua sihat kan ? mcm cikgu sekolah lak kan aku ni . Dulu aku ada temuduga cikgu tapi tak ada rezeki aku lah nak jadi cikgu. Pastu aku kerja lah kilang ni. nanti sambung ya ada keje jap .

Isnin, 27 Julai 2009

Penat juga cari kerja ?

aku pun heran lah dah banyak kerja aku minta tapi itu semua bukan kerja yang aku nak, bukan kerja yang aku minat. susah jugak kan cari duit ni kan. selama ni aku kerja kilang tak pernah pun terfikir kat kepala ni yang aku nak tukar kerja lain . Tapi aku dah tak larat lagi nak kerja waktu malam, penat laaa.

rindu la

rindu lah kat blog ni . rindu sangat lah . dah lama sangat tak tulis dulu ingat nak berhenti tulis tapi tak boleh lah . dah jiwa tu meronta2 nak sangat tulis . walaupun dah lama sangat lah dah rindu . sebenarnya aku banyak cite nak citer kat korang ni . mcm2 ada citer apa nak citer kelakar, citer sedih citer gembira

Rabu, 17 Jun 2009

NAK DENGAR CERITA BEST TAK ?

Aku ada banyak cerita nie . Tapi tak tahu nak mula yang mana? Nak dengar cerita aku pasal lawatan ke langkawi ke atau cerita pasal kerja aku . Aku nie kata je banyak tapi bila je aku taip je aku terus lupa. Teruk kan aku ni . Aku tahu ramai yang macam aku ni. Nak kata keliru pun boleh jugak. Kadang2 tak terluah perasan aku ni sedangkan dalam hati meronta2 nak tulis macam2 . Tengok aku dah cerita bab lain .
Aku tahu kalau cerita pasal langkawi semua orang dah tak heran lagi . Dah ramai yang pergi . Tapi bagi orang macam aku memang lah semua nye pelik. Seronok pun ada juga tau bak kata terlalu seronok . Nanti aku bagi tengok gambar banyak aku ada. Mungkin esok kot.